Saturday, 29 June 2013

Laju~ laju~ buaiku lajewwww~

Dulu ekshen taknak pakai buai. Konon mat salleh abis, anak letak dlm cot tido automatic. Cita cita harus tinggi.

Realitinya imaan tido paling lama 10 minit itupun bila dh penat trok. By the time dia penat trok, makbapak skali dgn toknenek dia semua dh bergelimpangan penat. Takleh jadiii ni..

Maka..........


Buaianlah jawabnya... 

Senang keja, dia tido pun lama. Sempat la nak mandimakanbasuhbajulipatbajusembahyang dll. 

Part paling tak best ialah nak p mana pun  nak kena usung buaian. Kat rumah tok minden ada 2, (dh beli manual, tok dia pi beli baru yg otometik, lagi senang katanya.. Hi tech tok2 zaman skrg). Yg kaler hijau dlm gambar ni buaian tok sg ara punya.


Orang assemble buaian dia ni sebok nak godek sana sini.


Mcmnilah gaya bila nk harapkan dia tido sendiri. Habis dia dodoi segala hartabenda..

Nak pi poland nak bwk buaian jugak ke? Sentap sat perasaan. Apa nak buat niiiiiiiii....





Thursday, 27 June 2013

sekian lamaaaaa

last post was in december 2012. sekarang dah nak masuk July 2013! lamanyaaaaaaaaaaa~ . padan la website dlm bm diorang panggil 'laman sesawang'. memang sunggoh2 bersawang ni..

ive been too busy juggling studies with imaan. alasan stended yang berbaur poyo.. tapi btol wehhh.. tak tipu.. kalau dari dulu mmg jenis yg belajar bermatian matian mungkin la kot boleh handle jaga anak sambil study.. ni kalau dah dari dulu, assignment due harini, pagi ni baru terkial-kial nak menaip macam ni la jadinye.. subject amik sampai maximum credit hours. masa register confident sangat boleh buat. halfway thru terguling2 menyesal tak sudah..

one of the reason that got me writing here again is cause ive just finished my semester a few days back, it was a horrible semester!!!! mulia lagi repeat spm dari menjalani semester yang tahi ni. most of the blame goes to me. sapa suroh amik subject banyak dan tak sedar diri tu pemalas? masa time register subject dulu bukan main berkobar perasaan mcm best student. hampeh je.

enough with the regret, boleh jadi panjang kalah thesis yg sepatutnya dah mula tulis tapi still duk buang masa nak tulis blog jugak. 

meh nak hapdet secara ringkas peristiwa2 lepas:

1. imaan dah beso.
dah masuk unibesiti dah pun..
2. adik dan kakak saya dah join clan mak buyong
comel je adik kakak gemok bersame

3.pi yemen sat haritu, ikut bapak melawat kampung halaman. jumpa makcik2 dan sedara org arab. tapi  tatau cakap arab. sedih. makan sana terbaik. nak pegi lagi insha allah kalau dah terer cakap arab. buat malu je duduk rumah sedara tapi berperangai anti social. segannnnnnn aihhhhh~~~

ni baru suku rombongan che kiah. dekat bab el yemen. pasar malam versi arab, cuma takdak nasik kerabu mahupun kebab melawati.


3. nak kena pi poland perabih mba yg dah berkarat ni. sepatutnya best sbb boleh makan anging. tapi sebab dah beranak pinak beratnya hati hanya Allah yang tahu. sob sob. nak tinggal imaan? nak bawak? nak tinggal kang result ke laut sebab hati tak senang duk ingat anak. nak bawak kang sama jugak ke laut sebab duk sibuk jaga anak.

ditelan mati mak, diluah pun mati mak jugak. hambik ko.

4. ketinggian masih sama dari darjah 4 tak pernah ubah.

5. gemok stended lepas beranak satu. sure i can fit my old jeans but it DOESNT look the same anymore. last time i was always annoyed by makciks who always brag that they can wear half the size of what i used to wear, cam biasa la ayat "alahhh, makcik dulu kebaya time kawin tu, sapaaaa pun tak boleh pakai sebab pinggang makcik dulu haluihhhhhhh~"(sambil mencekak pinggang yg berlapis2 spare tayar rim 17"). it wont be long before i'll become one of those makciks. hahahahahhahahahahahahahaa~~~~


ok thats about it...will try to update often insha allah. harap2.....emmmm harap la kan..... emmm maybe. tengok la mcmana..... hohohohoho.

Saturday, 22 December 2012

Hala Madrid


Madrid!! Tempat yang edros paling teringin nak pegi dalam dunia ni.  He made it clear that his all time dream is to watch Real Madrid match in Bernabeu Stadium. He made it VERY clear, sepuluh ribu kali duk ulang2 setiap kali kami tengok match real Madrid kat tv.

After Lisbon, we flew to Madrid. A day ahead of the rest of the eurotrip clan. In the plane edros sibuk duk study Spanish from the app I downloaded in my ipod. Semangattt! I don’t even think he needs a dictionary. Mana dia pegi pun dia tetap akan bersembang dgn konfiden walaupun dia sendiri tak paham apa yang dia merapu. dgn orang apa sekalipun, janji ada bunyi bercakap dia akan cakap serupa dia hasbullah awang duk sembang friendly dengan mahadir lokman gituuu.

We arrived at  Madrid Barajas Airport early noon. Since the bags are huge, we decided to skip the metro and take the cab to our apartment in Gran Via. We were not very sure of how far the airport is from Gran Via, but agak2 tak jauh sgt so tak pa la kot naik cab.. dgn harapan tak la mahal sgt.. sekali the meter doesn’t stop going at 10euro. Alamak.!! By the time we reach our apartment the meter was blinking in bright red digits, 30euros!!! That’s RM120!!. Gilaaaaaaaa~~ taktau la kena ketok ke mmg btol harga macamtu, kitorang bayar dgn linangan air mata dan hati yg berkecai.. macam ni rupanya perasaan mat salleh2 yg slalu kena ketok dgn taxi driver kat Malaysia.. 

We stayed in a duplex apartment right in the middle of Gran Via. Mmg heaven sbb just 5 minutes from metro and grocery stores and restaurants are all nearby. And the best part was, Madrid was sunny! Its still winter though, tapi boleh la nak redah jalan2 when the sun is out..

this is Gran Via

The first day in Madrid it was just me and edros. Alvi, adam and oya arrived a day after us. So the first day tu kitorang feeling2 honeymoon. So we took our time strolling the busy street of Gran Via, browsed through the cafĂ©s along Plaza Mayor and went for Santiago Bernabeu stadium tour. The tour was awesome!! We even get to see the changing room, siap ada Jacuzzi lagi. But the shower room is doorless..erk… the tour route includes the dugouts, presidential box, press room, changing rooms, players tunnel and the gallery where the trophy room is at. We took hundres of pictures there tapi sayangnya as I was waiting for edros to get his real Madrid jersey customized at the club shop, camera buat pasal and we lost allllllll the pictures! Ini lagi sedih dari kena ketok dengan taxi driver ok. I felt awful as it was me who held the camera last. Edros muka dah herot2 tahan perasaan.

But he wasn’t upset for long… 

nenjiaaaaaa~ 
it was a late wedding cum birthday gift to him, i bought us tickets for real Madrid vs Levante match the day after. Haruslah lepas tu muka dia berseri2~ fuhhh nasib baik.

Match the next was scheduled at 9.00 pm.. by 6.00pm kitorang dah pegi metro takut sesak.. one thing about the football match in bernabeu is, kalau ada match, the streets in the area will be closed. So mmg kena naik metro saja. Nak drive boleh, tapi kena park jauh..might as well naik metro. Murah, cepat dan padat.  Diulangi, padat! we had our dinner in burger king, sila rujuk gambar bawah untuk melihat sendiri skala kepadatan. Sudah la kitorang ni kecik2, rasa mcm dalam lautan gergasi2.

sekiusmi~ sekiusmi~
By 8.20, we were already seated in our seats. I bought popcorns. Agak bangang disitu sbb masa tu dah malam, sejuk gila2 sampai nak bukak glove pun tak sanggup. Maka makanla popcorn tersebut guna glove. Nasibbb~ makin lama makin sejuk.. tangan hanya mampu dikepit celah ketiak takpun letak bawah bontot.. mmg tak makan pun popcorn tu.. ntahapa2 tgk bola bwk popkon.. rugi 4euro. By the time the match ended, it was even colder than peti ais daging. Edros punya hidung pun tukar kaler, dari coklat jawa jadi merah Eurasian.. nak jalan keluar stadium punyalah azab, dgn angin kuat mcm nak terpelanting pastu nak kena kawad kaki berjemaah plak nak masuk metro. Nasib baik kitorang keluar awal. Itupun beratur mcm nak pegi mengundi.

gembire~

sejuk mcm kena tampar
gembire lagiiii~

Adamoyaalvi sampai Madrid malam tu.. kesian diorg kena tunggu me and dosh habis tgk bola baru boleh masuk rumah.. tapi diorg tunggu kat café somewhere dekat2 dgn apartment. Tuan punya kedai tu punya tak sabar nak tutup kedai dah masa tu hahaha..


We spent a week in Madrid where we went for café hopping. Trying out the seafood paella (read: pa-ya) and tapas.. shopping pun best, zara kat situ murah.. ke tengah sale? Tak ingat sgt, yang penting murah~~

ni dekat plaza mayor. tarian kesyukuran sempena pancaran matahari di tgh2 winter

Adamoya

edros sedih elmo taknak amik gambaq dgn dia.. siannn

seafood paella. mcm nasik goreng kawah camtu laa lebih kurang

aaron aziz m. osman

candy shop. ni kalau hensel gretel tgk boleh nanges nii

Adamudang

j. longkang

tapas: patatas bravas, cafe con leche. dlm bahasa melayu, ubi goreng dgn sos macam2 dan kopi boh susu

tortilla espanola. spanish omelette. tloq dadar sepanyol. yang ni sedap dahsyat.

If anyone asked if im ever going to revisit Madrid again, I’d say, definitely.. like edros said to me when we lost all the pictures in the camera ‘tak pe la, ada alasan nak datang sini lagi..’ hahahahaha